Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum dua ringgit seorang, jumlah sumbangan itu cukup untuk membantu pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, membeli tablet buat pelajar yang memerlukan.
Ketua Pengawai Eksekutif She-Khinah PR Sdn Bhd, Christopher Raj berkata, beliau sedih membaca perkongsian ebit Lew yang memaklumkan menerima mesej daripada 43 ribu individu yang memerlukan kelengkapan gajet seperti tablet bagi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).